Thursday 5 April 2012

[Terms & Regulations] Quizzes


Terma & Syarat
Pertandingan Kuiz Individu Secara dalam Talian (Online)

A.Kelayakan :
  • Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PERUBATAN Universiti Kaherah,Ain Shams dan Al-Azhar.
  • Bagi mahasiswa/wi jurusan perubatan,pertandingan ini terbuka kepada mahasiswa tahun 1-5.
  • Bagi mahasiswa/wi jurusan pergigian,pertandingan ini terbuka kepada mahasiswa/wi pra pergigian (pre-dental) hingga tahun 3.

B.Tatacara pertandingan :
    Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat :
  • Peringkat Saringan : Pertandingan secara online
  • Peringkat Akhir : Pertandingan secara bertulis

C.Peringkat Saringan :
  • Bentuk soalan secara talian berbentuk Multiple Choice Questions (MCQ)
  • Soalan Kuiz Akademik untuk setiap subjek akan dibuka selama 3 hari melalui Blog rasmi MeM 2012 pada tarikh-tarikh berikut : 
  1. 7-9 April 2012
  2. 10-12 April 2012
  3. 15-17 April 2012
  • Setiap peserta perlulah menjawab semua soalan dan mengisi butir-butir yang diperlukan pada borang dalam talian.
  • Markah tertinggi yang terkumpul selama 9 hari akan melayakkan peserta untuk mara ke peringkat akhir.

D.Peringkat Akhir :
  • Pertandingan peringkat akhir akan berlangsung seperti berikut : 
  1. Tarikh - Khamis (19 April 2012)*
  2. Masa - 2-4 petang*
  3. Tempat - Markaz Abou Risy bagi pelajar jurusan perubatan dan Markaz Hayyu Sabi'e bagi pelajar jurusan pergigian.
  • Hanya akan ada seorang pemenang saja bagi setiap kategori (seramai 5 orang daripada jurusan perubatan dan 4 orang daripada jurusan pergigian)

*Setiap perubahan akan diberitahu kemudian

Pertandingan Kuiz Berkumpulan

A.Kelayakan :
  • Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PERUBATAN Universiti Kaherah,Ain Shams dan Al-Azhar jurusan perubatan dan pergigian.
  • Setiap pasukan daripada setiap universiti mestilah terdiri daripada 3 orang sahaja.
  • Pasukan yang terdiri daripada peserta daripada tahun berbeza adalah dibenarkan malah digalakkan.
  • Pasukan yang terdiri daripada peserta lelaki dan perempuan juga adalah dibenarkan.

B.Pendaftaran :
  • Setiap universiti diwajibkan untuk menghantar sekurang-kurangnya 2 pasukan.
  • Pendaftaran dibuka pada 2 April 2012.Pendaftaran bolehlah dilakukan pada :
  1. Afiq Zharif bin Hussin - 01116058700 ; fb - Afiq Zharif Hussin
  2. Hammadah bt Esmet Sidqie - 01149082843 ; fb - Hammadah Esmet
Nyatakan nama,tahun pengajian serta universiti masing-masing.

C.Tatacara pertandingan :
  • Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat :
  1. Peringkat saringan
  2. Peringkat akhir
  • Cara bermain :
  1. Tema soalan - berorientasikan kuiz kesihatan (pengetahuan umum dan perkembangan terkini teknologi sains kesihatan)
  2. Pertandingan ini akan berlangsung selama 5 pusingan.
  3. Dalam setiap pusingan,peserta akan memilih nombor kad soalan.
  4. Moderator akan membacakan item-item yang terdapat pada kad tersebut :
  5. Soalan beserta markah
  6. Bonus kad tersebut (contoh - hilang 1 giliran,tambah 1 lagi giliran,mendapat markah 2 kali ganda dan lain-lain.
  7. Pasukan yang berjaya mengumpul markah tertinggi akan dikira sebagai pemenang.

D.Peringkat saringan :
   Pertandingan peringkat saringan akan berlangsung seperti berikut :
  1. Tarikh - Jumaat (13 April 2012)*
  2. Masa - 7.30 malam*
  3. Tempat - Markaz Abou Risy dan Markaz Hayyu Sabie'*

E.Peringkat Akhir :
  • Pertandingan peringkat separuh akhir dan akhir akan berlangsung seperti berikut :
  1. Tarikh - Khamis (19 April 2012)*
  2. Masa - 2-4 petang*
  3. Tempat - Markaz Abbasiah
  • Hanya akan ada satu pasukan sahaja yang bakal menjuarai pertandingan ini.

*Setiap perubahan akan diberitahu kemudian.
Sebarang penyertaan dan soalan boleh disalurkan kepada :
Afiq Zharif bin Hussin - 01116058700 ; fb - Afiq Zharif Hussin
Hammadah bt Esmet Sidqie - 01149082843 ; fb - Hammadah Esmet

0 comments:

Post a Comment